Wednesday 14 August 2013

Lawatan Ke Kuala Lumpur "Kembara Ilmu" -Bhgn 1

Assalamualaikum semua.Diharap para pembaca blog pengawas dan disiplin Smasp akan dirahmati oleh Allah selalu,InsyaAllah.Bersyukur kepada Illahi,kerana dapat meluangkan masa untuk mencoretkan tentang perjalanan para pengawas dan pelajar yang berjaya mengikuti rombongan "Kembara Ilmu" ke Kuala Lumpur pada 4 Julai 2013 hingga 6 Julai 2013. Hampir 35 orang yang mengikuti rombongan tersebut.Guru-guru yang meniringi ialah Cikgu Mohd Hafiz B Idris,Ustaz Mohd Hafiz B Ahmad,Ustazah Bushro Dina Bt Taib dan Ustazah Hafizoh Bt Hassan

Pada jam 5 petang 4 Julai 2013, para pengawas & pelajar berkumpul di dataran sekolah untuk menaiki bas.Sebelum bertolak, sesi penggambaran bersama guru dan membaca doa dijalankan.













Destinasi pertama yang dikunjungi ialah Zoo Taiping & Night Safari,Ipoh sekitar 8 malam hingga 11 malam.Seramai 35 orang dipecahkan kepada 3 kumpulan ,setiap kumpulan diwakili oleh seorang renjer Zoo.Mereka memberi sedikit maklumat tentang haiwan di Zoo Taiping kepada para pelajar. Di Zoo Taiping,para pelajar dapat berjumpa dengan cikgu Azman Azizi,bekas cikgu yang mengajar di Smasp.


















No comments:

Post a Comment